43 Tip Resume Supaya Anda Yang Dipilih

Bila anda dah lama tak update resume anda, memang susah sikit mana nak mula. Apa cara buat resume yang paling baik tahun 2016 ni?

Apa pengalaman dan kejayaan yang patut anda masukkan untuk tawaran kerja yang anda nak tu?

Apa peraturan baharu resume dan tren yang patut anda ikuti?

Dan seriously, satu muka surat ataupun dua?

Well, tak payahlah anda nak cari lagi: kami telah mengumpulkan semua nasihat resume yang anda perlukan di dalam satu tempat.

Teruskan membaca untuk tip-tip dan trik untuk memastikan anda merangka resume yang hebat – dan mendapatkan kerja untuk anda.

Cara Menceritakan Kisah Anda

  1. Jangan Letakkan Semua Dalam Tu!

Resume anda tidak patut ada semua pengalaman kerja anda.

Cuba fikir yang resume tu bukan sebagai senarai lengkap sejarah kerja, tetapi sebagai dokumen pemasaran untuk menjual diri sebagai orang yang sesuai untuk mendapatkan kerja tersebut.

Untuk setiap resume yang anda hantar, anda nak highlight hanya pencapaian dan skil yang relevan dengan kerja tersebut (walaupun itu bermakna anda tidak memasukkan semua pengalaman anda).

  1. Tapi Pastikan Ada Senarai Semua Kerja Anda

Dah disebabkan anda akan mengeluarkan dan memasukkan maklumat di dalam dan luar bergantung kepada kerja yang anda apply tu, pastikan anda ada menyimpan resume yang mempunyai semua kerja, bullet points yang anda gunakan, projek istimewa yang kadang-kadang patut dimasukkan dan segala-galanya yang pernah anda buat.

Jadi bila anda perlu buat resume yang spesifik, anda hanya perlu copy and paste maklumat berkaitan sahaja.

Fikirkan master resume ini sebagai fail untuk anda berlagak 🙂

  1. Letakkan Benda Paling Power “Above the Fold”

Di dalam bahasa pemasaran, “above the fold” bermakna apa yang anda nampak di bahagian atas sesuatu surat khabar (ataupun di dalam laman web, perkara pertama yang anda nampak sebelum skrol ke bawah). Pendek cerita, ianya first impression yang boleh anda berikan kepada mereka bila nampak dokumen tersebut.

Dalam bahasa resume pula, ini bermakna anda kena pastikan pengalaman dan kejayaan anda yang paling bagus perlulah ada di bahagian paling atas resume anda. Seksyen teratas inilah yang akan pihak HR nampak dahulu – dan akan menjadi pancing untuk sesiapa pun untuk terus membaca.

Jadi fokuskan untuk meletakkan pengalaman yang paling bagus, dan paling relevan dahulu – dan kemudiannya gunakan 5 tip pemasaran ini untuk memastikan resume anda mendapat perhatian orang yang sepatutnya.

  1. Buang Je Penyataan Objektif Tu!

Seksyen objektif patut ada hanya apabila anda membuat perubahan kerjaya yang besar dan perlu terangkan daripada aawal kepada pengalaman anda tidak serupa dengan posisi yang anda pinta tu. Selain daripada tu? Cuba buat ayat rumusan yang terbaik untuk anda – ataupun buang sahaja untuk menjimatkan ruang dan fokuskan kepada membuatkan resume anda hebat.

  1. Pastikan Senarai Itu Dalam Kronologi Terbalik

Terdapat banyak cara untuk menguruskan maklumat di dalam resume anda tetapi cara dahulu kala tu masih lagi boleh diguna pakai: Kronologi Terbalik (pengalaman terkini disenaraikan dahulu).

Kecuali kalau ianya betul-betul perlu, elakkan je resume berdasarkan skil. HR mungkin tertanya-tanya kenapa anda tak buat ikut kronologi je.

  1. Buat Satu Muka Surat Je

Resume dua muka surat ataupun lebih ialah topik yang menjadi pendebatan hangat tetapi yang penting ialah ini – anda perlukan maklumat di situ dengan tepat, dan jadikan resume anda satu muka surat ialah cara yang bagus untuk paksa diri anda menulis dengan ringkas.

Jika anda betul-betul mempunyai pengalaman yang relevan dan penting, termasuk juga latihan yang anda buat dan credentials pun ada juga, barulah buat lebih daripada satu muka surat.

Tapi kalau anda boleh ceritakan dengan ruangan yang lebih kecil? Sila ceritakan dengan lebih ringkas, ya?

  1. Gunakan Bahan Tambahan Online

Tak tahu macam mana nak ceritakan semua kisah anda dalam satu muka surat? Tak tahu nak letakkan contoh visual kerja anda?

Daripada letakkan semuanya dalam resume, letakkan perkara paling penting dalam dokumen tu, kemudian letakkan link ke laman web peribadi anda di mana anda boleh beritakan dengan lebih lanjut kenapa anda adalah calon yang ideal.

Susunan

  1. Keep it Simple

Nak kreatif dalam resume? Tu kita cakap nanti ya. Tapi prinsip paling asas dalam susunan dan olahan resume? Mudahkannya.

Gunakan fon yang asas tetapi moden, seperti Helvetica, Arial ataupun Century Gothic.

Pastikan resume anda senang dibaca oleh pihak HR dengan menggunakan fon bersaiz antara 10 dan 12 dan pastikan ada ruangan kosong (white space) di dalamnya.

Anda boleh menggunakan fon atau typeface yang lain untuk nama, header resume dan syarikat yang pernah mendapat khidmat anda, tapi pastikan keep it simple dan pastikan ianya konsisten.

Fokus anda di sini ialah untuk memastikan HR senang membaca. Tapi, walaupun saya cakap macam tu, anda boleh…

  1. Cuba Menonjol (Dengan Berhati-hati)

Nak resume anda betul menonjol di dalam lautan Times New Roman? Ya, resume kreatif seperti infografik, video dan presentation – ataupun resume dengan ikon atau grafik boleh menonjolkan diri anda, tapi anda patut gunakannya dengan berhati-hati.

Jika anda memohon kerja melalui system, pastikan anda menggunakan formatting yang standard supaya komputer boleh membacanya dengan efektif.

Jika anda memohon kepada syarikat tradisional, jangan gila-gila sangat, tapi boleh letakkan elemen reka bentuk menarik ataupun warna yang menarik untuk tonjolkan.

Walau apa pun, jangan buat kecuali kalau anda nak letakkan masa, kreativiti dan reka bentuk untuk menjadikannya hebat ataupun ambil pertolongan daripada professional.

  1. Pastikan Cara Menghubungi Anda Jelas

Anda tak perlu letakkan sekali alamat anda dalam resume lagi (betul!).

Tapi anda kena pastikan anda memasukkan nombor telefon dan alamat emel yang professional (bukan emel kerja sekarang, ya?) dan juga tempat lain di mana pihak HR boleh cari anda di Internet seperti profil LinkedIn ataupun Twitter anda. Sebagai contoh, anda boleh mencari saya di Copygrammer.

(Saya cakap ini dengan andaian bahawa profil media sosial anda sesuai untuk bacaan bakal majikan).

  1. Reka Resume Anda Untuk Imbasan Sekali Lalu

Anda pernah dengar sebelum ni yang pengurus HR tidak mengambil masa yang lama pada setiap resume. Jadi lagi baik kalau anda tolong mereka dapatkan maklumat tentang diri anda sebanyak yang mungkin dalam masa yang sedikit.

  1. Dapatkan Bantuan Profesional

Kalau anda rasa skil mereka bentuk bukanlah satu kekuatan untuk diri anda tapi nak resume anda nampak gah? Tak salah kalau anda dapatkan bantuan. Jadi mungkin anda boleh fikir untuk bekerja dengan pereka resume yang profesional.

Ini tak dapat disangkal lagi dokumen paling penting dalam mencari pekerjaan jadi memang patutlah anda buat resume anda betul-betul!

Pengalaman Kerja

  1. Pastikan Ianya Baru, Dan Pastikan Ianya Relevan

Satu perkara yang perlu anda tahu ialah, anda hanya perlu tunjukkan pengalaman 10-15 tahun pekerjaan anda dan masukkan pengalaman yang relevan dengan posisi yang anda ambil tu. Dan ingatlah untuk meletakkan pengalaman tu mengikut kepentingan (ingat lagi kan saya ada cakap pasal reverse chronology di atas?) Kalau ada pilihan meletakkan satu lagi latihan industri kolej ataupun lebih terperinci tentang kerja anda sekarang, pilihlah pengalaman kerja tu. (Kecuali kalau kerja anda sebelum ini lebih relevan daripada sekarang).

  1. Tiada Pengalaman Yang Relevan? Jangan Risau!

Jangan panik kalau anda tidak ada pengalaman yang betul-betul sama macam yang diperlukan. Tapi, fokuskan resume anda pada skil yang relevan dan boleh dipindahkan serta projek akademik yang seperti ada perkaitan. Dan letakkan bersama cover letter yang kuat, yang menceritakan kenapa anda adalah orang terbaik untuk kerja tersebut.

  1. Susun dengan Cantik Bullet Points Tu

Walau berapa lama anda dah kerja di situ atau berapa banyak pun anda dah capai, anda tak sepatutnya ada lebih daripada 5 atau 6 bullet points di dalam setiap seksyen. Walau sebagus mana pun “peluru” anda tu, perekrut tidak akan baca semuanya.

  1. Jangan Lebih-lebih Jargon Tu

Mungkin anda teringin nak letak ayat-ayat yang biasa digunakan dalam industri anda tu macam anda tahu apa yang anda cakap tu, tapi anda nak resume anda tu dapat difahami oleh orang biasa.

Ingat: orang pertama yang akan melihat resume anda mungkin ialah pihak recruiter, pembantu ataupun eksekutif bertahap tinggi – dan anda kena pastikan ianya boleh dibaca, relevan dan menarik untuk semuanya.

  1. Bagi Diorang Nombor!

Guna sebanyak mana fakta, jumlah dan nombor yang anda boleh di dalam bullet point anda. Berapa ramai orang yang mendapat impak hasil kerja anda? Apakah peratus anda melepasi gol anda? Dengan meletakkan kuantiti yang spesifik ke atas hasil kerja anda, anda membenarkan pengurusan untuk membayangkan tahap kerja dan tanggungjawab yang anda perlukan untuk mencapainya.

  1. Ambil Satu Langkah Ke Hadapan

Orang mengambil orang yang siapkan kerja, jadi jangan tunjukkan anda buat sesuatu, tapi tunjukkan juga anda boleh siapkan kerja!

Bila anda tengok bullet point anda, fikirkan cara bagaimana anda boleh olah ayat anda satu langkah ke hadapan dan letakkan manfaat kepada bos dan juga syarikat anda.

Dengan melakukan perkara ini, anda betul-betul cakap yang anda bukan sahaja boleh buat kerja, tapi anda juga tunjuk apa manfaatnya kepada orang yang mengupah anda.

  1. Tunjuk – bukan beritahu – soft skill anda

Menerangkan soft skill di dalam resume adalah seperti ayat-ayat melebih yang tak bermakna.

Tap menjadi “pemimpin yang kuat” dan “seorang yang berkomunikasi dengan efektif” adalah karakteristik yang anda nak beritahu dalam resume tu.

Cuba fikirkan bagaimana anda boleh menunjukkan ciri-ciri ini dalam bullet anda tanpa perlu cakap pun.

  1. Jangan Ketepikan Kerja Tidak Tradisional Yang Anda Pernah Buat Sebelum Ni

Tidak ada undang-undang yang cakap anda kena letak kerja sepenuh masa ataupun secara part time. Jadi kalau anda menjadi sukarelawan, atau bekerja sebagai kerja kontrak ataupun freelance, ataupun juga mempunyai blog?

Anda boleh letakkannya sebagai “kerja” di dalam kronologi kerja anda.

  1. Campurkan Penggunaan Perkataan

Kalau setiap bullet dalam resume anda bermula dengan “Bertanggungjawab Untuk” (Responsible For), pembaca akan cepat bosan. Gunakan kata kerja yang pelbagai supaya orang tak bosan membaca.

  1. Gunakan Kata Kunci

Gunakan kata kunci dalam resume anda: Baca deskripsi pekerjaan tersebut dan lihat perkataan apa yang sering digunakan, dan pastikan anda masukkannya di dalam bullet point anda. Bukan sahaja anda membuatkan resume untuk kerja tersebut, resume anda juga dapat dikenalpasti sebagai calon untuk ditemuduga dalam system seperti JobStreet.

  1. Elakkan Perkataan Yang Tak Membawa Apa-apa Makna

Apa perkataan yang anda tak patut masukkan? Detail-oriented, team player, dan hard worker – antara terma yang recruiter katakan sebagai sangat selalu digunakan.

Ada cara yang lagi bagus untuk beritahu pembaca resume betapa hebatnya anda. (Boleh tengok senarai perkataan paling teruk anda boleh masukkan dalam resume anda)

Pendidikan

  1. Letakkan Pengalaman Dulu, Pendidikan Letakkan Kemudian

Kecualilah anda baru sahaja menjadi graduan, letakkan pendidikan anda SELEPAS pengalaman anda. Biasanya kerja anda yang baru lebih penting dan relevan untuk anda mendapatkan kerja daripada mana kolej anda pergi.

  1. Letakkannya Dalam Koronologi Terbalik

Selalunya anda meletakkan latar belakang pendidikan dengan meletakkan ijazah paling baharu ataupun paling tinggi dahulu dalam susunan kronologi terbalik (baru dahulu, kemudiannya barulah yang lama).

Tapi kalau kursus anda ambil dahulu lebih spesifik kepada kerja yang anda minta tu, letakkan dahulu untuk menarik perhatian orang yang akan baca resume anda tu.

  1. Tapi Buang Tarikh Spesifik

Jangan letakkan tarikh spesifik sangat (sampai hari). Penyemak lagi kisah kalau anda ada tau tak ijazah tersebut daripada bila anda dapat ijazah tersebut.

  1. Serlahkan (Highlight) Kepujian, Bukan GPA

Kalau anda menamatkan pengajian daripada kolej dengan kepujian tertinggi, highlight bahagian tu. Kalau GPA rendah, anda tak perlu senaraikannya.

Jangan takut untuk tunjukkan status summa cum laude anda. Apa maksud saya dengan summa cum laude tu? Tu perkataan Latin untuk dengan kepujian tertinggi.

  1. Masukkan Sekali Pendidikan Berterusan Ataupun Pendidikan Atas Talian Tu

Jangan takut untuk masukkan pendidikan berterusan, kursus professional, ataupun kursus online di dalam seksyen pendidikan anda, terutama sekali kalau anda rasa resume anda terlalu ringan.

Kelli Orrela menerangkan, “kursus di atas talian adalah norma yang sangat sangat diterima sekarang ini, dan penglibatan anda di dalam kursus atas talian ini menunjukkan keazaman dan motivasi anda untuk mendapatkan skil yang anda perlukan dalam kerjaya anda.”

Anugerah, Skil dan Minat

  1. Senaraikan Skil Anda

Pastikan ada satu ruangan untuk anda senaraikan skil berkaitan untuk position tersebut, termasuklah skil teknikal seperti HTML dan Adobe Creative Suite atau apa-apa sijil berkaitan industri yang lain.

  1. Pecahkannya

Kalau anda mempunyai skil berkaitan dengan sesatu posisi – sebagai contoh, bahasa asing, perisian dan skil kepimpinan – anda boleh pecahkan dan letakkanya dalam seksyen skil tu sendiri.

Bawah kategori skil, anda boleh letakkan seksyen “Penguasaan Bahasa”, ataupun “Skil dalam Perisian”, dan senaraikan pengalaman anda di dalam tu.

Sekali lagi saya ulang – pastikan resume anda senang dibaca sepintas lalu!

  1. Tunjukkan Sedikit Personaliti Anda Tu

Jangan takut untuk letakkan seksyen “Minat” dalam resume anda tu, tapi letakkan hanya yang berkait dengan kerja tu.

Anda pemain gitar yang nak bekerja dekat syarikat muzik? Letakkan minat tu.

Tapi nak masukkan sekali hobi buat scrapbook untuk kerja teknologi di syarikat healthcare? Jangan fikir pun.

  1. Berhati-hati dengan Minat Yang Boleh Menjadi Kontroversi

Mungkin anda menolong parti politik anda semasa kempen. Mungkin anda jadi tulang belakang kempen-kempen pilihanraya.

Pengalaman ini semua menunjukkan anda mempunyai etika kerja yang tinggi – tetapi mungkin anda boleh didiskriminasi oleh seseorang yang tidak bersetuju dengan pegangan politik anda.

Kecualilah kalau anda minta kerja daripada UMNO atau PKR atau parti-parti politik. Selain daripada itu, janganlah letak, ya?

  1. Tunjukkan Hebat Anda Tu!

Masukkan juga anugerah yang anda terima, walaupun ianya anugerah dalam syarikat.

Anda boleh cakap yang anda dapat anugerah tersebut untuk sesuatu yang spesifik. Sebagai contoh, “Mendapat Pingat Emas dalam mempunyai jualan terbaik 4 suku tahunan berturut-turut.

Bagaimana pula dengan pencapaian peribadi seperti memasuki marathon – memang tidak relevan dengan kerja tetapi menunjukkan yang anda seorang yang mempunyai motivasi dan boleh bekerja keras?

Pun boleh letak (tapi ada caranya lah)

Lama Tak Bekerja dan Keadaan Rumit Lain Dalam Resume

  1. Buang Kerja Yang Sekejap Je

Kalau anda kerja untuk beberapa bulan je, anda boleh buang je terus daripada resume tu. Selalunya tak beritahu kerja yang sekejap tu sepatutnya taklah merugikan, tapi pastikan anda jujur mengenainya bila anda ditanya di dalam temuduga.

  1. Bila Ada Jarak Masa Antara Dua Kerja

Kalau anda ada jarak selama beberapa bulan di dalam sejarah kerja anda, jangan senaraikan tarikh mula dan akhir setiap jawapan tu.

Gunakan tahun (2015-2016) ataupun jumlah tahun dan bulan semasa bekerja dalam posisi tersebut.

  1. Terangkan Job Hopping Anda Tu

Pernah dengar job hopping kan? Maksudnya anda selalu pindah pekerjaan. Kalau selalu jadi, masukkan sebab kenapa anda pergi daripada kerja tu. Terangkan dengan pendek seperti “syarikat ditutup,”, “diberhentikan kerana downsizing”, ataupun “berpindah ke bandar baharu.”

Dengan menerangkannya, anda memberikan gambaran yang jelas kenapa anda selalu bergerak daripada satu pekerjaan ke satu pekerjaan yang lain dan mengurangkan sebab untuk pihak HR menjadikannya sebagai satu isu.

  1. Terangkan Kenapa Lama Bercuti Daripada Kerja

Masuk balik ke dalam industri selepas lama bercuti? Ini adalah peluang terbaik untuk meletakkan ayat rumusan di atas, menerangkan skil terbaik dan pencapaian anda. Kemudian, baru masuk ke dalam kronologi kerja dan jangan ragu-ragu untuk masukkan kerja sambilan dan kerja sukarelawan.

  1. Jangan Cuba Nak Jadi Cute

Jangan pandai-pandai nak masukkan sesuatu dalam resume tu. Maksud saya di sini ialah, bila anda ambil masa berehat daripada bekerja untuk membesarkan anak anda, jangan masukkan pengalaman ibu bapa di dalam resume, “berjaya menguruskan pakaian kotor anak-anak”.

Walaupun keibubapaan adalah sesuatu yang sukar dan payah macam kerja di luar sana, kebanyakan pembuat keputusan di dalam dunia korporat tidak akan mengambil seksyen “main-main” ini dengan serius.

Sentuhan Penyudah

  1. Buang “Rujukan Ada Kalau Diperlukan”

Kalau orang yang nak ambil kerja tu berminat dengan anda, dia akan mintak sumber rujukan anda. Tak perlu beritahu benda yang obvious dan kalau buat macam tu boleh buat anda nampak macam angkuh.

  1. Baca Balik, Baca Balik DAN BACA BALIK

Tak payah nak cakap lagi… tapi kena pastikan yang resume anda tu bebas daripada sebarang salah eja.

Jangan bergantung kepada spell check dekat Microsoft Word dan grammar check tu – minta juga kawan atau keluarga untuk tengok untuk anda (atau dapatkan tip daripada seorang editor untuk mencantikkan lagi resume anda tu)

  1. Simpan dalam bentuk PDF

Kalau anda emel resume anda tu, pastikan anda menghantar dalam bentuk PDF daripada .doc.
Dengan cara itu, formatting yang anda buat penat-penat tu tak lah tiba-tiba jadi merepek bila orang HR buka di dalam laptop dia.

Untuk pastikan benda tu tak nampak pelik, upload resume PDF tu dalam Google Doc, kemudian preview dalam tu. Baru boleh tengok apa orang nampak sebagai preview dalam akaun Gmail mereka.

  1. Letak Nama Fail tu Baik-baik

Dah sediakan resume dan dah nak hantar? Save sebagai “Nama Anda Resume” daripada tulis “Resume” je. Kurang sikit benda pihak HR tu kena buat.

  1. Sentiasa Perbaharui Resume Tu

Mungkin anda boleh ambil masa setiap 4 bulan untuk tengok balik resume dan letak penambahbaikan dalam tu.

Ada tanggungjawab baharu? Belajar skil baru? Letak dalam tu.

Bila resume anda dikemaskini selalu, anda dah bersedia untuk ambil peluang bila ianya tiba. Walaupun anda bukan sedang mencari kerja, anda boleh menggunakannya untuk menonjolkan diri anda. Mungkin orang yang akan cari anda.

Kalau anda dah tahu buat resume yang awesome, anda kena tahu tips temuduga ini.

 

Photo by jessica mullen



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

1 padangan di “43 Tip Resume Supaya Anda Yang Dipilih”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *