3 Cara Untuk Kempiskan Perut Anda

Apa yang boleh anda buat untuk kempiskan perut?

Macam banyak je kan? Di dalam ini saya senaraikan tiga cara untuk kempiskan perut yang boleh digunakan.

Dan jangan bimbang: semua ni selamat dan takkan menyebabkan anda terbaring kepenatan!

#1 Makan pada waktu ini (sebab boleh naikkan metabolisma badan)

Cuba makan protein pada pukul 3 atau 4. Maksud saya macam protein bar ataupun snack yang mengandungi protein.

Snack boleh meningkatkan metabolisma badan dan menstabilkan gula dalam darah. Lagi satu, makan setiap 3 atau 4 jam bagus untuk metabolisma anda.

#2 Kurangkan pengambilan gula (kalau boleh sesifar mungkin!)

Menurut Jorge Cruise, penulis The Belly Fat Cure, pengurangan pengambilan gula boleh memastikan tahap insulin rendah dan glucagon tinggi. Glucagon, satu hormon, ialah kawan baik anda kalau anda nak perut kempis.

Lagi sikit gula yang anda ambil, lagi kurang insulin dan lagi tinggi glucagon… dan ianya semudah tu.

#3 Kunyah makanan betul-betul

Dawn Jackson Blatner, penulis The Lexitarian Diet menyatakan mengunyah ialah tip no 1 yang diberikan oleh beliau kepada orang ramai untuk menghalang “bloating” (kembung perut). Kunyah makana sampai makanan dah ‘lunyai’ dalam mulut. Penghadaman bermula dari mulut dan tanpa pengunyahan yang betul, makanan tidak akan dihadam dengan baik.

Makanan yang dihadam baik bermakna kurang angin dan bloating.

Pelik-pelik kan tips yang saya kongsikan?

Tapi ianya berkesan. Cuba dahulu tip-tip ni dan lihat kesannya. Kalau anda ada tip, anda boleh kongsikan di bahagian komen!

Jadi fan Kokotiam untuk tahu lagi banyak cara untuk menjadi kurus 🙂



Diterbitkan oleh

Abdul Rahman

Seorang penulis, pembaca dan suka membuat sesuatu.

2 padangan di “3 Cara Untuk Kempiskan Perut Anda”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *