thinkingman

10 Senaman Yang Anda Boleh Buat Tanpa Sebarang Kos

Semua senaman di dalam ini adalah PERCUMA.

Tahukah anda bahawa anda boleh melakukan senaman dengan mudah tanpa sebarang kos? Yep, tanpa sebarang kos. Bagaimana? Dengan menggunakan berat badan anda sendiri. Anda rasa bagaimana pahlawan Greek dahulu bina badan? Ada pakai alat pelik-pelik? Of course lah tak! So, tanpa buang masa, di bawah saya senaraikan 10 senaman berat badan yang anda boleh buat secara percuma di rumah anda.

1. Plyometric Push-Up (siapa yang dapat buat macam video bawah ni memang hebat!)

Saya rasa untuk yang di atas ini, anda perlulah berhati-hati kerana kalau salah buat, anda akan rasa… amat-amat sakit. Bagi saya lah. Tak tahu kalau anda macam mana. Bayangkan kalau anda nak tepuk tangan, anda tak sempat. Fuh, dada anda mungkin kena lantai dulu (harap-harap berlapiklah apa-apa!) dan tangan anda pula terkehel sebab tak betul cara landing.

Bak kata Mat Saleh, proceed with caution.

2. Mountain Climber

Inilah senaman yang anda boleh buat kat rumah kalau nak naik gunung satu hari nanti.

3. Burpees

Letih buat senaman atas nih!

4. Tuck Jump

Loncat pun dikira senaman, okay? Tengok video di atas

5. Inchworm

Kalau anda tengok betul-betul video ni, senaman ni dalam bentuk ‘n’. Cuba buat.

6. Prone Walkout

Melatih kekuatan tangan senaman di atas ni.

7. Plank-to-Push-Up

Boleh tahan senaman kat atas ni. Rasa panas je tangan lepas buat ni.

8. Stair Climb with Bicep Curl

Naik tangga pun boleh jadi senaman – tak perlu apa-apa kecuali dumbbell atau objek yang ada di rumah anda yang berat kemudian naik dan turun tanga secepat yang mungkin sambil melakukan bicep curl (video di bawah):

9. Plank

Saya pernah buat dan memang rasa bakar lemak betul. Anda cuba seminit dahulu dan anda akan rasa seperti ada sesuatu yang sedang terbakar di perut anda. Kalau anda dapat buat 2 minit ke atas, bagus :)

10. Bear Crawl

Hehe jadi macam bear pun boleh senam jugak tau.

Ha, itu sepuluh senaman yang anda boleh gunakan. Nak try malam ni exercise no. 1 tu. Macam mustahil pulak haha. Kalau anda nak jaga permakanan anda, cuba tengok tips untuk diet seimbang.

Anda juga boleh mendapatkan panduan cara menguruskan badan yang dikeluarkan oleh cik Syahirah Shahidan. dengan klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>